Tuesday 20 March 2012

Pilihan pengguna di MALAYSIA

Asean Bahulu mengusahakan 5 jenis bahulu..iaitu Bahulu Butter, Bahulu Tokek, Bahulu Kismis, Bahulu Berinti dan Bahulu Gulung. Kebiasaannya, penggemar bahulu di Malaysia terdiri daripada majoritinya golongan veteran yang berusia lingkungan 40-an ke atas tidak lupa juga kepada golongan lain.

Dalam banyak jenis pilihan bahulu ini, statistik membuktikan bahawa penggemar lebih suka makan Bahulu Gulung dan Bahulu Tokek. Ini kerana, Bahulu Gulung enak dimakan begitu sahaja dan bagi bahulu tokek pula, ia sedap dimakan begiru ataupun dicicah dengan air panas/suam.

Bahulu boleh dimakan tidak kira waktu dan masa terutamanya di hari raya dan majlis-majlis.

Ia menjadi pilihan yang tidak akan lapuk dek zaman, tidak lekang dek panas. =)

No comments:

Post a Comment