Tuesday 20 March 2012

Organisasi Asean Bahulu

                                                                          
                                                             Pengarah 
                                                   Nur Haleedah Ngatman 
                                                               M1 01094

 Pen. Pengarah
Mohd. Asrulazman b. Mohamed Hashim
M1 01106

Ketua Eksekutif
Siti Zulaiha
M1 01089

Setiausaha
Syadatul Akmar
M1 01029

Ketua Pemasaran
Nur Shakinah bte Abu Seman
M1 01080



        

Pilihan pengguna di MALAYSIA

Asean Bahulu mengusahakan 5 jenis bahulu..iaitu Bahulu Butter, Bahulu Tokek, Bahulu Kismis, Bahulu Berinti dan Bahulu Gulung. Kebiasaannya, penggemar bahulu di Malaysia terdiri daripada majoritinya golongan veteran yang berusia lingkungan 40-an ke atas tidak lupa juga kepada golongan lain.

Dalam banyak jenis pilihan bahulu ini, statistik membuktikan bahawa penggemar lebih suka makan Bahulu Gulung dan Bahulu Tokek. Ini kerana, Bahulu Gulung enak dimakan begitu sahaja dan bagi bahulu tokek pula, ia sedap dimakan begiru ataupun dicicah dengan air panas/suam.

Bahulu boleh dimakan tidak kira waktu dan masa terutamanya di hari raya dan majlis-majlis.

Ia menjadi pilihan yang tidak akan lapuk dek zaman, tidak lekang dek panas. =)

Jenis - jenis Bahulu yang diusahakan

Bahulu Gulung
Bahulu Berperisa /Berinti
Bahulu Tokek
Bahulu Kismis
Bahulu Butter

Monday 19 March 2012

Slogan


BAHULU BONDA..WARISAN TRADISI ZAMAN BERZAMAN

Misi & Visi


Misi
  •  Memajukan industri kuih bahulu ke asia seterusnya ke antarabangsa.
  •  Mempelbagaikan variasi dan pilihan kuih bahulu.
  • Memastikan pengeluaran bahulu sentiasa berkualiti tinggi
  • Memastikan permintaan dan pengeluaran sentiasa dalam keadaan stabil. 

Visi
Menjadi warisan tradisi melayu dan meningkatkan perkembangan kuih tradisional dipersada dunia menjelang 2020.

LOGO & Maksudnya





KIPAS – Menjadi warisan tradisi melayu dalam menghasilkan bahulu.
SETIAP KELOPAK – Mewakili setiap usahawan yang berganding bahu.
TONGKAT –Keteguhan dalam menghadapi cabaran.
ASEAN BAHULU – Merupakan nama syarikat. Asean bahulu merupakan syarikat yang    
memperkasakan perusahaan  bahulu di seluruh dunia.
HIJAU – Kelembutan bak kapas.
KUNING – Keunggulan tradisi yang disanjungi.
PUTIH – Kesucian dan keaslian produk.
MERAH – Semangat perjuangan dalam memajukan industri bahulu.
BIRU – Rasa keamanan yang dicapai ketika menikmatinya.


Asean Bahulu

Asean Bahulu merupakan syarikat perusahaan bahulu yang diusahakan oleh 5 sahabat yang ingin mengekalkan warisan tradisi ' Bahulu ' di Malaysia seterusnya memperkenalkan di Asia dan ingin mencuba memasarkannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Keistimewaan produk keluaran Syarikat Asean Bahulu yang pertama sekali , resepinya turun temurun daripada nenek moyang, kemudian ia mempunyai pelbagai pilihan variasi  dan rasa yang telah diuji dan sesuai untuk semua golongan bagi memilih serta merasai mengikut citarasa umum.

Kami berusaha mencapai matlamat demi mengekalkan warisan tradisi nenek kami agar kekal sebagai makanan tradisi Malaysia.

"Bahulu Bonda...Warisan Tradisi Zaman Berzaman "
Oleh :Asrul, Eda, Akma, Zu, dan Kinah